Monday, January 24, 2011

:: Tanda-tanda Awal Kanser ::

Berikut adalah tanda-tanda awal kanser :-

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 penyebab utama kanser :-

(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau

(7) Radiasi
(8) Pekerjaan

(9) Pencemaran air dan udara

(10) Keturunan


Diet untuk mencegah benjolan pada payudara :-

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

(2) Hindari makanan ringan yang masam

(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
:-

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

5. Bawang Goreng segera .

Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Monday, January 17, 2011

:: Selamat Datang 2011 ::

Tahun baru datang lagi...Kali ini 2011 lah plak...rasanye sggh sekejap masa berlalu...Umur pun semakin meningkat...kalo ikut tahun dah masuk golongan 30-an..kalo di kira ikut tarikh lahir - baru 29 tahun...itulah untungnya lahir akhir tahun : 31 Disember...sentiasa menjadi yang terMUDA!!!...
Erm...azam tahun nie masih lagi sama macam tahun lepas...di harap dapatlah membuka lembaran baru dan mencapai azam2 yang masih belom dicapai lagi...huhuhuhu...insyaAllah...kalo diizinkanNya lah...ak akan cuba melaksanakannya...tggu sampai hujung tahunnnnnn le..baru tau tercapai atau tidakkkk... ;p
Erm tahun baru nie...akan masuk Group baru......tempat keje baru...boss baru...kwn2 baru...bidang baru...environment baru...dan macam2 ar baru..yang penting skali diri ini akan menjadi org yang BARU....huhuhuhuhu...so, kena byk berubah ler...dr sifat2 yang buruk kepada yang lebih baik... ;))
Therefore, please pray for me...hopefully all my wishes will always come true...hehehehehe

:: 14/12/2010 - 17/1/2011 ::

Acctually nothing interesting events happen in this period..cume byk benda baru lah yang bole dipelajari dan diambil iktibar especially bile deal ngan ragam manusia...pengalaman seperti ini x bole dibeli di mana2 kecuali ianya dialami sendiri oleh kita - insan yang kurang sempurna...
Kdg2 pengalaman2 seumpama ini yang byk membuatkan diri seseorang tue menjadi lebih tabah, sabar, serta matang dari segi aspek pemikiran dan tindakannya...
Adakala kita rasa hepi..disayangi...sunyi...keseorangan...sedih..beremosi...
tenang..berkecil hati..rasa x dihargai..apa yang dibuat terasa sia-sia dan sebagainya..dan ada kalanya kita juga rasa ingin lari dari segalanya...
lantaklah apa nak jadi...biarlah...malas nak buat...
tp mampu ker kita buat sedemikian???and sampai bile???
Sebenarnya...
tiada masalah tanpa jalan penyelesaian...
yang penting cara kita berfikir untuk menanganinya...
Diharap supaya diri ini menjadi lebih tabah dan sabar dalam mengharungi segala2nya...
Ya Allah..Berikanlah kekuatan pada diri ini utk mengharungi segala cubaan dan dugaan yang mendatang...Sekiranya sesuatu itu baik untuk diri ini, Engkau mudahkanlah...tetapi sekiranya perkara itu akan mendatangkan keburukan dan kemudaratan, maka Engkau hindarkan lah ia...Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui Segalanya...
Kepada kwn2 sume...
DoAkaN Saya yer...
(p/s : acctually, no idea utk post ini...sebab byk sgt yang dialami dlm tempoh ini)...