Tuesday, December 29, 2009

:: HuJuNG MinGGu BerSAmA SuHAnA WaHaB ::

Last week, Sue datang KL..Acctually, Sue nih my sis's best fwen...datang dari PerLis...utk attend wedding Murnie (also my sis's BF)...huhuhu... x sangka sungguh yang Murnie dah pun selamat jd isteri org...hehehehehe...anyway, congratulations to Murnie...and thanks for the invitation...^_^

w/pun baru jek beberapa kali jumpa n sembang ngan Murnie...especially time treasure hunt (organized by YKN) and masa pJa convo...dah rasa cam kenal lama...sama gak ngan Sue...acctually this is our first time meeting...tapi rasa cam dah berkali-kali jumpa...adakah we are too friendly or mmg serasi bersama???hahahahaha...

erm, Sue sampai ari Jumaat, 25hb Dis 2009, lebih kurang jam 6.00 pm...lepas pick up Sue kat PuduRaya, terus gie Cheras Leisure Mall to book movie ticket...Avatar...then, gie makan2 kat Taman Tenaga Cheras...before watch the movie at 10.15 pm..before showtime, jumpa Yanie and her BF (kawan PjA gak!!)... ala-ala gathering gitu...seronok gak kalo sesekali wat gathering nih... tapi entah bile leh wat gathering ngan my fwens...sumenya bz memanjang jek...ngan urusan masing2.... :((

Hopefully...one day...my wish come TRUE!!!

Sunday, November 1, 2009

:: My Favorite ::

ThrouGh My WinDoW

i Dont want much, I just want everything

Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Cant exist like this anymore

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Now theres me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real...

ENJOY AND HAVE FUN!!!!




Wednesday, October 21, 2009

:: Part 1 ::

Wah, agak lama sungguh blog nih x diupdate...nak kata bz, xdelah sangat...erm maybe kekurangan idea kot...x tau macam mane nak start..terlalu banyak perkara yang telah berlaku sejak akhir2 nih...bermula dari keluarga, tempat kerja, kawan n etc...ade yang suka, duka, merisokan, menyakitkan hati n bermacam2 lagilah perasaan yang agak payah diungkapkan especially dengan kata2..hahahaha aduh berjiwanglah plak pagi2 buta nih!!!walau apa pun terjadi, layan jek lah...

erm bermula dengan tempahan kuih raya - agak not bad jugaklah sales tahun nih...ala untung pun bukannya banyak sgt, yang penting dapat tolong org "lakukan" bisnes mereka... ;p .. at the same time, cuba berjinak2 ngan business especially the way to promote ur products...tahun nih upgrade ar skit - promote guna blog (credit to ihsan - help me to promote my kuih raya using his blog, w/pun tiada tempahan diterima..he3..anyway, thanks to you BRo) and email...sebelum nih x terpk pun...he3

Next, celebration of Hari Raya Aidilfitri - tahun nih my family and I celebrate our Hari Raya at Negeri Johor Darul Takzim (Batu Pahat & Johor Bahru)...erm biasa jek..cuma my brother n his family x dapat beraya ngan kitaorg kat JB sebab stuck at highway - kete rosak...so, raya ke-2, kitaorg bertolak balik KL...lagi pun cuti x lama sebab kumpul cuti utk ke Kedah on 3rd Oct 2009...Konvokesyen my sis...

On 3rd Oct 2009, lebih kurang kul 7.00 am - gerak ke negeri Kedah Darul Aman...n sampai sana lebih kurang kul 1.00 pm..perjalanan quite ok..not really tired and we enjoyed the trip...check in di homestay kat Changlun...one more credit to ihsan sebab rekomenkan homestay nih kat kitaorg..memang selesa n best sesangat...owner homestay, Kak Ani pun baik...len kali leh ar book lagi..he3..itupun kalo ade apa2 event di sana..hahahaha...entah bile lah...

Sakan sungguh aktiviti saya dan keluarga di Negeri Kedah Darul Aman...

i) 4hb Oct 2009 - attending my sis's Convocation Day...ptg n malam gie beraya di Alor Star, Kedah.... =))

ii) 5hb Oct 2009 - turun Langkawi utk wat tinjauan tempat Annual Dinner 2009 - Ballroom, Boutique Resort Hotel....Nice place...erm senang hati skit bile dah tau keadaan di situ w/pun banyak halangan dan rintangan yang telah dilalui utk sampai ke situ..quite adventure lah gak...huk3...thanks a lot pada sesiapa yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung... ;p

iii) 5 & 6hb Oct 2009 - Sebelum balik ke Bandar Sg. Buaya, Rawang, Selangor..sempat gak kami beraya 6 buah umah saudara sebelah abah...bermula ngan bermalam di umah Mak Teh (Sik), anak sedara abah (Kak Norsiah - Baling), Merbau Pulas (Kubur Tok Wan & Tok Mah, umah Mak Tam & Pak Su Nazri), Mak Lang (Padang Meha - not sure, he3), and lastly umah Mak Ndak (Kulim)... after that masuk highway and direct to home...yang x bestnya, abah sakit kaki a.k.a GAUT....

iv) 7hb Oct 2009 - routine harian bermula cam biasa...go back to work ar...

~ to be continue~

Friday, September 4, 2009

:: Tempahan Kuih Raya ::

Musim Raya akan tiba
NEed kuih raya??
Wokeh..if you want to order some kuih raya
you can contact this person

HANIZA
h_nazmi8167@yahoo.com
019-2087738

:okay:
APPROVE SEDAP


SENARAI HARGA KUIH RAYA 2009

NO. JENIS KUIH HARGA (50 PCS)
1. BLUEBERRY TART 28.00
2. APPLE TART 28.00
3. SERI AIDILFITRI 28.00
4. TREASUREHUNT 28.00
5. SNOW WHITE 28.00
6. STRAWBERRY CRUNCH 28.00
7. MATAHARIKU 28.00
8. CLASSIC MAKMUR 28.00
9. ALMOND LONDON 28.00
10. COCO MARBLE 28.00
11. NICE ORANGE 28.00
12. ROSALINDA 28.00
13. POPIA SIMPUL (PER BOTTLE) 35.00
14. KEK KUKUS (600 GMS) 25.00
15. KEK KUKUS (1200 GMS) 50.00
16. CHEESE CAKE (7X7) 40.00
17. KEK LAPIS BETAWI (8X8) 50.00
18. KEK LAPIS ASAM (8X8) 50.00
19. KEK LAPIS REMPAH (8X8) 50.00
20. KEK LAPIS LIMAU PURUT (8X8) 50.00
21. TART 25.00
22. MAKMUR 23.00
23. CRUNCHY 23.00
24. COOKIES 25.00
25. ALMOND LONDON 25.00


:galit:
the price don't included the courier
can be nego for COD

Ni semua kuih raya
area
KL/Selangor

(Tempahan dibuka sehingga 9/9/2009)


Thursday, September 3, 2009

.: Malaysia Satu :.

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku terus membara janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan


ARTIS: Faizal Tahir KOMPOSER: Audi Mok
PENULIS LIRIK: Nur Fatima

Tahniah diucapkan kerana telah mendapat undian paling tinggi & telah dinobatkan sebagai LAGU 1MALAYSIA KITA


Wednesday, September 2, 2009

:: RON 95 MeSrA ALaM ::

~sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan dan boleh menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih~

RON adalah singkatan kepada Research Octane Number merupakan kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ketukan (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin..

Petrol RON95 merujuk kepada campuran 95 peratus iso-oktana dan lima peratus heptana.

Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M. Ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Spesifikasi EURO2M merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan diguna pakai selaras dengan penggunaan RON 95 di seluruh negara.

Penggunaan EURO2M akan mengurangkan kandungan sulfur dalam petrol dan diesel dari 3,000 parts per million (ppm) kepada 500 ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara. Keadaan ini sudah tentu dapat menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik.

Pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.

Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan seperti yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan, ia akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelak berlakunya fenomena ketukan enjin.

Sehubungan itu, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Tuesday, September 1, 2009

:: KeRaS??......TerPeGanG........ Tak CaiR.??? ::

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh tuan puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka mereka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahandanye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.

Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki-lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..

Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 :
Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2:
Hamba membawa batu berlian. Benda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa lah lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncullah lelaki yang terakhir. Eh!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki:
Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja:
Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta
cuba memegangnya.

Lelaki:
Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini....

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali dan terus berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja bertanya kepada puterinya...

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja:
Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe...... .

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa? Hehehehehehehehehe. ....

BENDA ITU IALAH------

COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!



KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU............

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH...........

:: TariAn POCO-POCO ::

Tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. (Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib).

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu perbuatan yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan...

Kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Pelbagai tindakan dan insiatif yang sewajarnya telah diambil untuk tidak lagi 'menarikan' tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga kajian secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini dapat dilakukan dengan segera, agar Umat Islam tidakberterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' dalam menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

:: KeNa TaG ::

Huish..acctuallynya, x tau ar nak jawab per tag questions nih..w/pun soklan2nya biasa jek, tapi bile kemalasan dan kebuntuan idea waktu nih MELANDA, menyebabkan soklan yang begitu mudah pun terasa ar keSUSAHannye itu...w/apapun, utk menjaga hati KAWAnku yaNg SoRANg nih...akan kucuba sedaya upaya menjawab soklan2 di bawah ini...


1. kekasih saya adalah :
OraNG yanG PalinG RApat DaN SentIasA berADA DiSiSI Saya di KaLa SusAh DAn SenanG..

2.saya sedang mendengar :
lagu KEMBALI PULANG by KANGEN BAND

3. saya patut :
ready for presentation...FRS 116 : Property, Plant & EquipmenT..(still not fully prepared)

4. saya suka :
TontoN televisyen..especially my favourite seriEs..CSIs

5. sahabat-sahabat baik saya :
RaMai lah Gak..(Nt Tulis x cukuP ruanG lah plak)

6. saya tak faham :
kenapa ada orang perlu merungut dan x mahu berfikiran positif tentang sesuatu perkara???

7. saya kehilangan :
Car Airbag and cigarette lighter..

8. ramai yang berkata :
KO Nih BAik SanGAt ar..
Hehehe..EntAhLah..Ya Ker??

9. makna nama saya :
I've no IDEA...still searching maknanya...
KAlo Ade SesaPe YanG TAu..Leh Ar Share..

10. cinta itu adalah :
indah & bahagia jika kedua2 pihak saling memahami dan mempertahankannya..

11. di sesuatu tempat , seseorang sedang :
sibuk dengan kerja2nya..

12. saya akan cuba :
meningkatkan tahap keyakinan saya utk berdepan dengan orang ramai...

13. ayat SELAMANYA membawa maksud :
SeHingga Hujung Nyawa..

14. saya paling meluat apabila :
sesorang tue penTIngkan diri sendiri dan Berkira dalam setiap apa yang dilakukannya..

15. pesta/parti adalah :
tempat untuk berGemBira dan jumpa raMAi KeNalan..

16. haiwan yang paling comel yang pernah anda temui ialah :
HAmsTer..Tapi GELI Nak PeganG..

17. peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
12 - 26 TahuN..Mase bergelar sTuDent..

18. hari ini :
Melawat My AUnties...
(Ipoh + Bdr Baru BanGi + Kajang)

19. malam ini saya akan :
ComPletEkan Tag QuEstions Nih..

20. esok pula saya akan :
SiapkAn kerja2 yang masih tertangguh & LiST Kuih Utk DijuaL semPEna AidilFitri..

21. saya betul-betul inginkan :
PenGorBAnaNku diharGai w/pun SedIkIt..

22. ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :
AlhamDuliLLah..
SempurNanya CipTaan AllaH iNi..


23. pusat membeli-belah atau arked permainan :
MIdValley..

24. Makanan barat atau Jepun :
Barat ar..CeDAp n adventure Untuk DiCuBA..

25. bilik yang terang atau gelap :
GeLAp bilE BerhiberNASi...BAru ar FeeL..

26. bestfrend ever :
OraNG Yang SERaSI & SeKepaLA DenGAn Ku..

27. saya nak tag :
Entah LAr..Sesape Pun Bole..DiaLu2 KAn...

Friday, August 28, 2009

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda:
'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
Jawabnya:''Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?
'
Jawabnya :'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah..(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')...

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....

Friday, August 21, 2009

:: Salam Ramadhan ::

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya..

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja..

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Friday, August 14, 2009

:: UstaZ AsRi Pergi TaK KeMBaLi ::

"Suaranya benar-benar mempunyai aura dan merupakan anugerah Allah yang paling berharga"

Setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan yang terakhir kerana pada tanggal 13 Ogos 2009 lalu (semalam), kira-kira seminggu sebelum Ramadan 1430 Hijrah menjelang tiba, seluruh jiwa yang mengenali Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani bagaikan terpana dipukul halilintar...

Perginya Asri tanpa pesan. Tanpa ucap selamat tinggal buat semua, kepada peminat yang sentiasa menyanjungi, sahabat seperjuangan mahupun buat keluarga tercinta...

Hanya lunak suaranya yang tinggal jadi kenangan dan lagu Pergi Tak Kembali seakan-akan mendayu-dayu, merintih dalam sendu dan tangis saat kerandanya di usung menuju ke persemadian terakhir di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam semalam...

Lagu yang ditulis sendiri oleh Allahyarham, Pergi Tak Kembali, itu cukup mengingatkan semua tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan oleh setiap makhluk bernama manusia..

Disahutnya panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, peminat dan rakan-rakan, Allahyarham Asri telah pergi meninggalkan semua dalam sekelip mata...Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, Asri pergi dan takkan kembali lagi.

Allahyarham yang meninggal dunia pagi semalam ada menulis dalam blognya (www.asrirabbani.blogspot.com) yang berbunyi: "Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...."

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...serta ucapan takziah kepada keluarga allahyarham...

Tuesday, August 11, 2009

:: 10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat ::

BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

:: SeDekaHkaN AL-FaTiHaH kPd KeDua IBuBaPaMu - meMbuKa PiNTu ReZeKi ::

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada 
kedua ibubapamu
(tak kira
samada mereka
masih hidup @ telah tiada )"
...nescaya

PiNtu ReZeKiMu aKaN TerBuKa
B
uAt KaMu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang
selagi dia tidak meninggalkan doa kepada
kedua orang tuanya dalam sehari
"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada
kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang
sudah tiada)...

Allah akan memurahkan rezeki kepada
mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua
ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka,
doakan agar mereka berubah)...

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa
adalah keredhaan Allah...

Semasa berdoa, berdoalah dengan
bersungguh2
..
...tadah tangan dan bayangkan
wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita
dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar bersungguh2).....

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua
orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah.....


Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari....
Rezeki
bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
segala nikmat yang kita dapat
dari Allah S.W.T....

(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Monday, August 10, 2009

:: ReNunGKan dan HaYatiLah BeRSamA ::

WANITA > Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI > (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)...Kamu adalah tulang rusukku!!!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara....Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi..Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu......

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA..

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali...Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai...LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.....

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI > Apa khabar?
WANITA > Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI > Belum.
WANITA > Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz...'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

Kita sanggup menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai...Dan akibatnya adalah penyesalan...Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah TERLAMBAT...

OleH itu....

Jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang diucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Sekiranya ianya dirasakan akan menyakitinya, sebaiknya janganlah dilafazkan....Kerana ianya akan menyebabkan semakin besarlah risiko untuk kehilangan orang yang diCINTAI.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W

Saturday, August 8, 2009

:: POTLUCK ::

erm..ari nih dept ku wat potluck..theme : WesteRn Food...
so, sesape yang nak join kenalah bawak at least one menu utk di share..kalo x bwk, alamt dok kat pintu jeklah - x dibenarkan masuk..tapi sampai ke ati nak tgk kengkwn dok kat luar?uish x mo lah..biarlah sikit sama skit..janji kita hepi...

potluck start jam 12 tgh..bermula dr pagi bermacam2 menu sudah diidentify..ada yang bwk spaGetti Bolognese, spagetti Carbonara, puding cocktail, donuts, brownies, cakes, lasagna, sausage roll n macaroni cheese baked (MiNe), mashed potato, chicken wings, fruit salad, n macam2 lagilah...adalah dalam 25 jenis makanan..Fuyyo..best giler sampai kekenyanganlah sume org..Berbaloi...siap leh makan 2/3 round utk ari nih jek..itu lom masuk malam nye trip lagi...

kira berbaloi gak lah usaha aku cuba nyiapkan my menu...sampai x tido semlman..punyelah seMangat nak masak..huhuhu...apa lagi bile time keje (almost evening nye time, menguap + tersenguk2 ar, tp still sempat cover, huhuhuhu)..

cume, kegembiraan kami x dapat dikongsi ngan my best friend (intan) yg tepaksa ambik Emergency Leave a.k.a EL disebabkan kena wat sijil or dokumen nikah yang baru..lepas umah mother in law nye dirompak tgh ari semlm..nak wat camner..itu lebey penting dr segalanya...w/bagaimanapun, majlis perlu diteruskan..xper len kali kita wat lagi..mana tau lebih happening...

kat bawah nih adelah cth menu yang ada serta ragam2 yang mencuit hati..utk tatapan bersama...


Friday, August 7, 2009

:: Kisah RM5 ::

bile dok pk pasal kisah RM5 nih...sakit gile hati nih...geram jek...
rasanya cam malas nak ambik tau apa2..kecoh sgt...setakat RM5 jek n di times kan ngan 6 org..baru RM30..bukannya RM50 seorang (RM50 x 6 org = Rm300)...

kalo rM50 seorang tuh, perghhh macam2 sey leh buat...isi minyak pun hampir full tank..jb pun sampai rasanya...itu kalo rm50... apa lagi kalo Rm300...huhuhuhu mesti x tido oo..dok pikir apa yang telah /akan dibelanjakan...

apalah nilainya sangat rm5 tuh..even though spend utk lunch pun kekadang dah terlebih rm5...tolonglah jangan berkira sangat...kalo dah kEDEKUT...hmmm 1 sen pun kira...hahahahaha..
kekadang lawak ar bile pikir2 kan...dok riso sgt pasal duit RM5 tue..di sebaliknya, ada kah terpikir?

mmglah kita ade hak utk tahu ke mana duit tuh dibelanjakan..itu x dinafikan..tapi cubalah pk skit ttg org lain yang bersusah payah buat itu dan ini (e.g : kena spend masa utk gi beli barang, mengemas and etc) ..sedangkan kita x ambik hal pon..baik dr segi kebersihan dan kekemasan umah sendiri...macam ade maid lah plak utk uruskan itu dan ini...JANJI kita nye part settle..hal umah lantak PI LAh...PeduliK hapa AKu...

bile tibanya time untuk bayar RM5, barulah rasa waste...x cukup ke duit yang telah di collect selama nih? mana pegi duit tuh? belanja apa? tapi hakikatnya, kita sedar x yg segala kemudahan dan kesenangan kita di umah selama nih? semua benda ada nilainye, cthnya nak makan nasi, ada berasnya...bilik air..x kotor lagi..dah dicuci ngan detergent...ruang tamu..dah x selerak lagi...maklumlah ade MAid yang x diiktiraf dan FOC...
menggunapakai barang2 keperluan yang dibeli dengan RM5 tue...

biarlah...itulah namanya ragam manusia...kita just wait n see jek lah..adakah RM5 berbaloi atau x...malas nak pikir2..so watlah hal masing2...n jgnlah sakit ati sekiranya setiap perkara/harta bendaku itu ada nilainya...lebih ooo dari Rm5...

Thursday, August 6, 2009

:: Malam Nisfu Syaaban ::

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban..

Nisfu Syaaban adalah bererti setengah bulan Syaaban. Oleh itu, Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kelima-belas Syaaban di mana siangnya adalah empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib - 15 Sya'aban (bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg telah disebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Berikut adalah antara amal ibadah yang dilakukan di hari Nisfu Sya'aban:

Solat sunat nisfu sya'aban - boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :-

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah
Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas
dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya :-

Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Marilah kita sama-sama menghayati malam yang penuh rahmat, berkat dan mulia ini...

Tuesday, August 4, 2009

:: Peak period berlalu pergi ::

Peak period telah berlalu pergi..
So, nilah masanya untuk bersenang lenang.. but.... still ada lagi saki baki keja yang perlu disiapkan...
Come on friends, LEt's finish it....

abis waktu puncak, menjelang pula bulan kemerdekaan..
TANGGAL 31 BULAN 8 2009, MERdeKA..MerdeKa...MerDeka...
JoM kita menyambutnya dengan penuh rasa bangga yang tidak terhingga untuk negara kita yang tercinta...MALAYSIA....

dalam bulan nih gak, sume umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak...
Marilah kita sama2 menghayati bulan yang penuh kemuliaan ini....Semoga ibadah yang kita lakukan ini akan lebih diberkati olehNya.....

Walau apapun yang terJAdi, sebelum kita sambut merdeka n bulan Ramadhan tahun nie, jgn lupe kita nye POTLUCK (7/8/09) bertempat di OPIS...pada sesiapa yang terlibat, jangan lupe our WESTERN menu kita...hahahaha...so, beramai-ramailah kita menikmati makanan yang di bawa...mmmmm mesti sedap.....x sabar rasanya.... ;D

Monday, August 3, 2009

:: Trouble Is A Friend ::

:: FInaLLy ::



Wah...hari nih nye planning berjalan ngan lancar...
setelah selesai jd suri rumah jap n menunaikan apa yang sepatutnya,
my sis n i went to cinema AGAIN..hahahaha
nak tonton cite The Proposal lah..

riso gak takut plan kena batal lagi...
tapi mmg dah rezeki kan..w/pun line pjg giler..kami tetap bersabar..
bersama2 ngan orang lain beratur utk beli tickets...

masuk jek panggung, erm citer dah start..seb baik ler sempat..tp...
problemnya seat lak x jumpa...hahahaha...apa lagi tibai lah...

tgh dok syok layan, tetiba dtglah sorang akak nih tegur yang kitaorg dok kat seat dia...
alamak...terpaksalah tukar seat..kaco daun jek lah kakak nih..teruslah termissed one main part..
why Margaret asked Andrew to marry her...huhuhu
sekali lagi kitaorg tibai...dok jek kat memana...hahaha...dengan harapan, lepas nih xde yang kaco daun lagi...

before cite The Proposal tamat, dapatlah sms from my little sis..
lebih kurang camnilah bunyinya : Bila nak sampai? Kitaorg dah lama kat umah Kak Ina
nih (fyi, Ina is my sister in law)... so, I reply : Jap gi sampai ler...
Seb baiklah time tuh citer pun dah nak abis...hehehehehe...

Sebaik jek TAMAT, kitaorg bergegas utk ke Taman Impian Ehsan, Balakong..
utk jumpa ngan mum, dad, my sis, Ina n especially my beloved nephew...Mohd Faiq Zafri...
Faiq x sihat sgt...kena selsema...lepas his mum bg makan ubat...dia pun tidolah ngan nyenyaknye...

Lepas Magrib, kitaorg ke Putrajaya lak...nak anta my sis, Pja balik umah nye lah...pada awalnya dad beria nak anta...tapi disebabkan kesian kat mum n dad, so i pun volunteer lah utk anta Pja...yalah mana taknya mum n dad nak balik rawang lak pas tuh...uish bukannya dekat...berjam2 lah gak perjalanannya...huhuhuhu...

sampai kat Putrajaya, ada lak Festival Bunga & Taman Putrajaya 2009 di Presint 2 (dekat ngan office AG)...cam menarik n happening jek...so, singgahlah sebentar...huhuhuhu

Bermacam2 bunga-bungaan yang dijual, ditanam, digubah dan dipamerkan di situ..so, pada yang berminat ngan bunga-bungaan dan tanaman...bolelah mengunjungi festival ini...ianya berlangsung sehingga 9 Ogos 2009...selain tu jugak, MACAM-MACAM ADA....

dah penat berjalan n ambik gambar...kitaorg pun baliklah...bukannya apa, kalo x keje sok, leh la round2 lagi...tapi apakan daya ESOK adalah MONDAY...so nak x nak, kenalah balik...lagi pun nak gerak ke w.maju lak pas nih...

Akhirnya, aku pun selamat sampai di W.Maju....

Sunday, August 2, 2009

:: Aktiviti hujung minggu ku ::

tiada yang menarik utk ari nih..
sumenya berjalan cam biasa..
BIASALAH program hujung minggu...
for info, every weekend always go back to my mum's house...
at BAndar Sungai Buaya, Rawang, Selangor..

ari nih..tepat jam 5.20 p.m...
waiting my brother at Esso station kat Bandar Sri Damansara
utk serahkan digital camera yang telah dipinjam a few weeks ago..
~thanks bro...really appreciate that...len kali leh pinjam lagi...~

another plan..
going out to watch movie with my sis..
acctually we all nak tonton The Proposals (lakonan Sandra Bullock & Ryan Reynolds)..
but it's showtime is very late.. so terpaksalah cancel...agak kecewa...

so, dah alang2 sampai kat KLCC nih, better watch something..huhuhuhu

Untuk melepaskan gian tonton wayang, we all choose Ghost Of Girlfriends Past (lakonan Matthew McConaughey & Jennifer Garner)

Not bad gak citernya...
citer nih khusus utk kaum adam especially yang playboy & kurang percaya pada kasih sayang dan alam rumahtangga (perkahwinan)
citer nih kira happy ending lah gak....so sweet...

walaubagaimanapun, tommorrow nye planning nak serbu MBO Cinema lak...
utk The Proposal...replace balik perasaan kecewa x dapat apa yg dihajatkan.... ;P