Thursday, August 6, 2009

:: Malam Nisfu Syaaban ::

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban..

Nisfu Syaaban adalah bererti setengah bulan Syaaban. Oleh itu, Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kelima-belas Syaaban di mana siangnya adalah empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib - 15 Sya'aban (bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg telah disebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Berikut adalah antara amal ibadah yang dilakukan di hari Nisfu Sya'aban:

Solat sunat nisfu sya'aban - boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :-

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah
Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas
dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya :-

Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Marilah kita sama-sama menghayati malam yang penuh rahmat, berkat dan mulia ini...

No comments:

Post a Comment