Friday, August 28, 2009

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda:
'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
Jawabnya:''Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?
'
Jawabnya :'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah..(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')...

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....

Friday, August 21, 2009

:: Salam Ramadhan ::

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya..

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja..

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Friday, August 14, 2009

:: UstaZ AsRi Pergi TaK KeMBaLi ::

"Suaranya benar-benar mempunyai aura dan merupakan anugerah Allah yang paling berharga"

Setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan yang terakhir kerana pada tanggal 13 Ogos 2009 lalu (semalam), kira-kira seminggu sebelum Ramadan 1430 Hijrah menjelang tiba, seluruh jiwa yang mengenali Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani bagaikan terpana dipukul halilintar...

Perginya Asri tanpa pesan. Tanpa ucap selamat tinggal buat semua, kepada peminat yang sentiasa menyanjungi, sahabat seperjuangan mahupun buat keluarga tercinta...

Hanya lunak suaranya yang tinggal jadi kenangan dan lagu Pergi Tak Kembali seakan-akan mendayu-dayu, merintih dalam sendu dan tangis saat kerandanya di usung menuju ke persemadian terakhir di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam semalam...

Lagu yang ditulis sendiri oleh Allahyarham, Pergi Tak Kembali, itu cukup mengingatkan semua tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan oleh setiap makhluk bernama manusia..

Disahutnya panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, peminat dan rakan-rakan, Allahyarham Asri telah pergi meninggalkan semua dalam sekelip mata...Biarpun pemergiannya diratapi dan ditangisi, Asri pergi dan takkan kembali lagi.

Allahyarham yang meninggal dunia pagi semalam ada menulis dalam blognya (www.asrirabbani.blogspot.com) yang berbunyi: "Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...."

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..semoga allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...serta ucapan takziah kepada keluarga allahyarham...

Tuesday, August 11, 2009

:: 10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat ::

BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

:: SeDekaHkaN AL-FaTiHaH kPd KeDua IBuBaPaMu - meMbuKa PiNTu ReZeKi ::

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada 
kedua ibubapamu
(tak kira
samada mereka
masih hidup @ telah tiada )"
...nescaya

PiNtu ReZeKiMu aKaN TerBuKa
B
uAt KaMu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang
selagi dia tidak meninggalkan doa kepada
kedua orang tuanya dalam sehari
"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada
kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang
sudah tiada)...

Allah akan memurahkan rezeki kepada
mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua
ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka,
doakan agar mereka berubah)...

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa
adalah keredhaan Allah...

Semasa berdoa, berdoalah dengan
bersungguh2
..
...tadah tangan dan bayangkan
wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita
dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar bersungguh2).....

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua
orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah.....


Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari....
Rezeki
bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi
segala nikmat yang kita dapat
dari Allah S.W.T....

(e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Monday, August 10, 2009

:: ReNunGKan dan HaYatiLah BeRSamA ::

WANITA > Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI > (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)...Kamu adalah tulang rusukku!!!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya....Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara....Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran, WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak 'Kamu tidak cintakan saya lagi!!!'.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak 'Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!'

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

'Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi..Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing' .

Lima tahun berlalu......

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA..

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali...Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai...LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.....

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI > Apa khabar?
WANITA > Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI > Belum.
WANITA > Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz...'Selamat tinggal..'

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

Kita sanggup menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai...Dan akibatnya adalah penyesalan...Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah TERLAMBAT...

OleH itu....

Jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang diucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Sekiranya ianya dirasakan akan menyakitinya, sebaiknya janganlah dilafazkan....Kerana ianya akan menyebabkan semakin besarlah risiko untuk kehilangan orang yang diCINTAI.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W

Saturday, August 8, 2009

:: POTLUCK ::

erm..ari nih dept ku wat potluck..theme : WesteRn Food...
so, sesape yang nak join kenalah bawak at least one menu utk di share..kalo x bwk, alamt dok kat pintu jeklah - x dibenarkan masuk..tapi sampai ke ati nak tgk kengkwn dok kat luar?uish x mo lah..biarlah sikit sama skit..janji kita hepi...

potluck start jam 12 tgh..bermula dr pagi bermacam2 menu sudah diidentify..ada yang bwk spaGetti Bolognese, spagetti Carbonara, puding cocktail, donuts, brownies, cakes, lasagna, sausage roll n macaroni cheese baked (MiNe), mashed potato, chicken wings, fruit salad, n macam2 lagilah...adalah dalam 25 jenis makanan..Fuyyo..best giler sampai kekenyanganlah sume org..Berbaloi...siap leh makan 2/3 round utk ari nih jek..itu lom masuk malam nye trip lagi...

kira berbaloi gak lah usaha aku cuba nyiapkan my menu...sampai x tido semlman..punyelah seMangat nak masak..huhuhu...apa lagi bile time keje (almost evening nye time, menguap + tersenguk2 ar, tp still sempat cover, huhuhuhu)..

cume, kegembiraan kami x dapat dikongsi ngan my best friend (intan) yg tepaksa ambik Emergency Leave a.k.a EL disebabkan kena wat sijil or dokumen nikah yang baru..lepas umah mother in law nye dirompak tgh ari semlm..nak wat camner..itu lebey penting dr segalanya...w/bagaimanapun, majlis perlu diteruskan..xper len kali kita wat lagi..mana tau lebih happening...

kat bawah nih adelah cth menu yang ada serta ragam2 yang mencuit hati..utk tatapan bersama...


Friday, August 7, 2009

:: Kisah RM5 ::

bile dok pk pasal kisah RM5 nih...sakit gile hati nih...geram jek...
rasanya cam malas nak ambik tau apa2..kecoh sgt...setakat RM5 jek n di times kan ngan 6 org..baru RM30..bukannya RM50 seorang (RM50 x 6 org = Rm300)...

kalo rM50 seorang tuh, perghhh macam2 sey leh buat...isi minyak pun hampir full tank..jb pun sampai rasanya...itu kalo rm50... apa lagi kalo Rm300...huhuhuhu mesti x tido oo..dok pikir apa yang telah /akan dibelanjakan...

apalah nilainya sangat rm5 tuh..even though spend utk lunch pun kekadang dah terlebih rm5...tolonglah jangan berkira sangat...kalo dah kEDEKUT...hmmm 1 sen pun kira...hahahahaha..
kekadang lawak ar bile pikir2 kan...dok riso sgt pasal duit RM5 tue..di sebaliknya, ada kah terpikir?

mmglah kita ade hak utk tahu ke mana duit tuh dibelanjakan..itu x dinafikan..tapi cubalah pk skit ttg org lain yang bersusah payah buat itu dan ini (e.g : kena spend masa utk gi beli barang, mengemas and etc) ..sedangkan kita x ambik hal pon..baik dr segi kebersihan dan kekemasan umah sendiri...macam ade maid lah plak utk uruskan itu dan ini...JANJI kita nye part settle..hal umah lantak PI LAh...PeduliK hapa AKu...

bile tibanya time untuk bayar RM5, barulah rasa waste...x cukup ke duit yang telah di collect selama nih? mana pegi duit tuh? belanja apa? tapi hakikatnya, kita sedar x yg segala kemudahan dan kesenangan kita di umah selama nih? semua benda ada nilainye, cthnya nak makan nasi, ada berasnya...bilik air..x kotor lagi..dah dicuci ngan detergent...ruang tamu..dah x selerak lagi...maklumlah ade MAid yang x diiktiraf dan FOC...
menggunapakai barang2 keperluan yang dibeli dengan RM5 tue...

biarlah...itulah namanya ragam manusia...kita just wait n see jek lah..adakah RM5 berbaloi atau x...malas nak pikir2..so watlah hal masing2...n jgnlah sakit ati sekiranya setiap perkara/harta bendaku itu ada nilainya...lebih ooo dari Rm5...

Thursday, August 6, 2009

:: Malam Nisfu Syaaban ::

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban..

Nisfu Syaaban adalah bererti setengah bulan Syaaban. Oleh itu, Malam Nisfu Syaaban adalah malam yang kelima-belas Syaaban di mana siangnya adalah empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun di angkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib - 15 Sya'aban (bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg telah disebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."


Berikut adalah antara amal ibadah yang dilakukan di hari Nisfu Sya'aban:

Solat sunat nisfu sya'aban - boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :-

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah
Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas
dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya :-

Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Marilah kita sama-sama menghayati malam yang penuh rahmat, berkat dan mulia ini...

Tuesday, August 4, 2009

:: Peak period berlalu pergi ::

Peak period telah berlalu pergi..
So, nilah masanya untuk bersenang lenang.. but.... still ada lagi saki baki keja yang perlu disiapkan...
Come on friends, LEt's finish it....

abis waktu puncak, menjelang pula bulan kemerdekaan..
TANGGAL 31 BULAN 8 2009, MERdeKA..MerdeKa...MerDeka...
JoM kita menyambutnya dengan penuh rasa bangga yang tidak terhingga untuk negara kita yang tercinta...MALAYSIA....

dalam bulan nih gak, sume umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak...
Marilah kita sama2 menghayati bulan yang penuh kemuliaan ini....Semoga ibadah yang kita lakukan ini akan lebih diberkati olehNya.....

Walau apapun yang terJAdi, sebelum kita sambut merdeka n bulan Ramadhan tahun nie, jgn lupe kita nye POTLUCK (7/8/09) bertempat di OPIS...pada sesiapa yang terlibat, jangan lupe our WESTERN menu kita...hahahaha...so, beramai-ramailah kita menikmati makanan yang di bawa...mmmmm mesti sedap.....x sabar rasanya.... ;D

Monday, August 3, 2009

:: Trouble Is A Friend ::

:: FInaLLy ::



Wah...hari nih nye planning berjalan ngan lancar...
setelah selesai jd suri rumah jap n menunaikan apa yang sepatutnya,
my sis n i went to cinema AGAIN..hahahaha
nak tonton cite The Proposal lah..

riso gak takut plan kena batal lagi...
tapi mmg dah rezeki kan..w/pun line pjg giler..kami tetap bersabar..
bersama2 ngan orang lain beratur utk beli tickets...

masuk jek panggung, erm citer dah start..seb baik ler sempat..tp...
problemnya seat lak x jumpa...hahahaha...apa lagi tibai lah...

tgh dok syok layan, tetiba dtglah sorang akak nih tegur yang kitaorg dok kat seat dia...
alamak...terpaksalah tukar seat..kaco daun jek lah kakak nih..teruslah termissed one main part..
why Margaret asked Andrew to marry her...huhuhu
sekali lagi kitaorg tibai...dok jek kat memana...hahaha...dengan harapan, lepas nih xde yang kaco daun lagi...

before cite The Proposal tamat, dapatlah sms from my little sis..
lebih kurang camnilah bunyinya : Bila nak sampai? Kitaorg dah lama kat umah Kak Ina
nih (fyi, Ina is my sister in law)... so, I reply : Jap gi sampai ler...
Seb baiklah time tuh citer pun dah nak abis...hehehehehe...

Sebaik jek TAMAT, kitaorg bergegas utk ke Taman Impian Ehsan, Balakong..
utk jumpa ngan mum, dad, my sis, Ina n especially my beloved nephew...Mohd Faiq Zafri...
Faiq x sihat sgt...kena selsema...lepas his mum bg makan ubat...dia pun tidolah ngan nyenyaknye...

Lepas Magrib, kitaorg ke Putrajaya lak...nak anta my sis, Pja balik umah nye lah...pada awalnya dad beria nak anta...tapi disebabkan kesian kat mum n dad, so i pun volunteer lah utk anta Pja...yalah mana taknya mum n dad nak balik rawang lak pas tuh...uish bukannya dekat...berjam2 lah gak perjalanannya...huhuhuhu...

sampai kat Putrajaya, ada lak Festival Bunga & Taman Putrajaya 2009 di Presint 2 (dekat ngan office AG)...cam menarik n happening jek...so, singgahlah sebentar...huhuhuhu

Bermacam2 bunga-bungaan yang dijual, ditanam, digubah dan dipamerkan di situ..so, pada yang berminat ngan bunga-bungaan dan tanaman...bolelah mengunjungi festival ini...ianya berlangsung sehingga 9 Ogos 2009...selain tu jugak, MACAM-MACAM ADA....

dah penat berjalan n ambik gambar...kitaorg pun baliklah...bukannya apa, kalo x keje sok, leh la round2 lagi...tapi apakan daya ESOK adalah MONDAY...so nak x nak, kenalah balik...lagi pun nak gerak ke w.maju lak pas nih...

Akhirnya, aku pun selamat sampai di W.Maju....

Sunday, August 2, 2009

:: Aktiviti hujung minggu ku ::

tiada yang menarik utk ari nih..
sumenya berjalan cam biasa..
BIASALAH program hujung minggu...
for info, every weekend always go back to my mum's house...
at BAndar Sungai Buaya, Rawang, Selangor..

ari nih..tepat jam 5.20 p.m...
waiting my brother at Esso station kat Bandar Sri Damansara
utk serahkan digital camera yang telah dipinjam a few weeks ago..
~thanks bro...really appreciate that...len kali leh pinjam lagi...~

another plan..
going out to watch movie with my sis..
acctually we all nak tonton The Proposals (lakonan Sandra Bullock & Ryan Reynolds)..
but it's showtime is very late.. so terpaksalah cancel...agak kecewa...

so, dah alang2 sampai kat KLCC nih, better watch something..huhuhuhu

Untuk melepaskan gian tonton wayang, we all choose Ghost Of Girlfriends Past (lakonan Matthew McConaughey & Jennifer Garner)

Not bad gak citernya...
citer nih khusus utk kaum adam especially yang playboy & kurang percaya pada kasih sayang dan alam rumahtangga (perkahwinan)
citer nih kira happy ending lah gak....so sweet...

walaubagaimanapun, tommorrow nye planning nak serbu MBO Cinema lak...
utk The Proposal...replace balik perasaan kecewa x dapat apa yg dihajatkan.... ;P

:: Real Love ::

Chorus
Girl)Girl, im going out of my mind(mind)
and even though i dont really know you(you)
and plus im feeling im running out of time
im waiting for the moment i can show you(show you)
and baby girl i want u to know, im watching you go ,im watching you pass me by

its real love that that you dont know about...

Baby i was there all alone.. when you'd be doing things i would watch you
i'd picture you and me all alone .. im wishing you was someone i can talk to
i gotta get you out of my head but baby girl i gotta see you once again(again)

its real love that you dont know about..

Chorus

its real love that that you dont know about...

Every now and now i go to sleep, i couldn't stop dreaming about you
your love is got me feeling kinda weak.. i really cant see me without you
and now u're running around in my head im never gonna let you slip away again(again)

its real love that that you dont know about...

Every now and then when i watch you... i wish that i could tell you that i want you
if i can have the chance to talk with to you.. if i get up the chance to walk with you
then i would stop holding it in ..and never have to go through this again (again)

its real love that you dont know about..
Chorus
its real love that that you dont know about...

Today when i saw you alone... i knew had to come up and approach you
coz girl i really gotta let you know ...all about the things you made me go through
and now she looking at me in the eye and now you get me open and now you dreaming
again(again)

its real love that that you dont know about...

Every now and then when i watch you... i wish that i could tell you that i want you
if i can have the chance to talk to with you.. if i get up the chance to walk with you
then i would stop holding it in and never have to go through this again (again)

its real love that you dont know about..
Chorus
its real love that you dont know about..


You're the one that i wanna know that i can take it from me nononoo
even thought i dont really know you.. i gotta lotta love i wanna show you
and youd be right there infront of me.. i see you passing infront of me nonono
girl i need ur love ...baby i need ur love

Saturday, August 1, 2009

:: August 2009 ::

erm...nothing much to say...it's just a beginning...
maybe lepas nih leh mula tulis blog sendiri..
selalu dok baca blog org jek...
teringin gak nak ade blog sendiri..hehehehehe
mungkin inilah permulaannya...

pada kengkawan sumer..
silalah beri tunjuk ajar yang sewajarnya pada saya..
bukan ajaran SESAt k..
Hopefully dengan adanya tunjuk ajar dari u all sume...
this blog will be set up successfully...