Wednesday, September 2, 2009

:: RON 95 MeSrA ALaM ::

~sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan dan boleh menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih~

RON adalah singkatan kepada Research Octane Number merupakan kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ketukan (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin..

Petrol RON95 merujuk kepada campuran 95 peratus iso-oktana dan lima peratus heptana.

Petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M. Ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Spesifikasi EURO2M merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan diguna pakai selaras dengan penggunaan RON 95 di seluruh negara.

Penggunaan EURO2M akan mengurangkan kandungan sulfur dalam petrol dan diesel dari 3,000 parts per million (ppm) kepada 500 ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara. Keadaan ini sudah tentu dapat menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik.

Pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.

Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan seperti yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan, ia akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelak berlakunya fenomena ketukan enjin.

Sehubungan itu, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

No comments:

Post a Comment